Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

26 Feb 2015

TEMPAT MEMBELI-BELAH PALING MURAH DI BALI

Orang kata, tak sah kalau pergi melancong tak beli ole-ole. Jadi, kali ini kami di Projek Travel nak berkongsi tempat yang paling murah untuk membeli-belah dan memborong ole-ole di Bali, Indonesia. Nak tahu kat mana? Jom, sama-sama kita bongkarkan tips jimat membeli ole-ole di Bali.



Krisna - Oleh-oleh Khas Bali. Inilah tempat yang harus korang tuju kalau datang ke Bali. Nak tahu apa keistimewaan di Krisna selain dapat borong dengan harga murah? Susah tentu kat sini ada pelbagai jenis barang, makanan, pakaian dan cenderamata untuk dibawa pulang untuk kaum keluarga. Paling penting, pusat membeli-belah, Krisna ini dibuka 24 jam. Ulang suara, 24 jam. Fulamak, mau berpeluh jogging dalam pasaraya Krisna kalau macam ni kan? Memang best.


5 Perkara Wajib Beli di Krisna, Bali



1) Kudapan

Jangan lupa beli snack, keropok dan kerepek aneka jenis di sini. Macam-macam ada. Nak pek kecil ada, pek besar pun ada. Pilih je mana yang berkenan.

2) Kacang

Selain itu, korang kena cuba kacang. Macam-macam jenis kacang ada. Tapi, kacang yang disyorkan adalah Kacang Kapri (garlic) dan Kacang Oven (Pedas). Memang sedap. Kalau makan depan tv, konpem tak boleh nak stop.


3) Pie Susu

Ini antara makanan paling famous kat sini iaitu pie susu. Macam mana rupa dia? Macam kuih tart. Ada perisa original, perisa vanilla dan juga perisa blueberry. Fuuh, menyesal kalau tak beli banyak. Beli 4 kotak hari tu pun tak cukup. Ingat biasa-biasa je, tapi memang sedap! Wajib cuba kalau pergi ke Bali.


4) Key chain / Fridge Magnet

Kalau pergi travel tapi tak beli key chain ataupun fridge magnet memang tak sah. Kalau nak beli ole-ole dalam kuantiti yang banyak untuk member-member atau kaum keluarga, inilah tempatnya. Banyak pilihan dan harga berpatutan. Nak shopping, memang disyorkan datang ke Krisna. Berbaloi-baloi. Harga kat sini kalau nak dibandingkan dengan harga tempat-tempat lain seperti di sekitar bandar Kuta, 3-4 kali ganda jauh lebih murah.

5) T-shirt / kain batik / Bag

Bukan makanan dan ole-ole je ada, kain baju pun ada dijual kat sini. Sebut saja nak beli apa, t-shirt I Love Bali, seluar corak batik, baju untuk mak-mak, baju untuk anak-anak, kain batik dan selendang semua ada di Krisna. Pendek kata, memang mabuk nak shopping kat sini. Harga murah, banyak pilihan. Kebaboom!


TIPS: 
  • Kalau shopping kat sini, jangan lupa untuk request khidmat packaging. Mereka ada sediakan kotak untuk bungkus barang-barang yang dibeli. Kalau tak silap dalam RP5000/kotak upah bungkus. Mudah sikit nak bawak balik naik flight.
  • Kalau korang shopping beramai-ramai, tetapi tunggu punya tunggu salah seorang member tak keluar-keluar lagi dari pusat membeli-belah Krisna (sesat/hilang), jangan panik. Minta tolong staff kat sana buat announcement. Mungkin member yang hilang tuh kusyuk sangat shopping sampai tak sedar orang dah nak balik, haha.


Sampai di sini saja perkongsian tentang tempat membeli-belah paling murah di Bali yang dibuka 24 jam. Next time, kami akan kongsikan tentang tempat-tempat menarik di Bali untuk rujukan semua terutama kepada mereka yang merancang untuk pergi bercuti ke Bali. Stay tuned!

2 ulasan:
Write comments
  1. haa pie susu ? macam menanrikkkkkkkk

    BalasPadam
  2. part buat announcement tu tak boleh blah. hahahaha

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !