Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

2 Feb 2015

APA ITU VISA

Salah satu benda penting yang perlu ditekankan semasa merancang perjalanan ke luar negara adalah dengan memastikan negara yang kita akan kunjungi memerlukan visa atau tidak. Untuk pengetahuan korang, negara yang dilabel sebagai  'bebas visa' adalah negara yang tidak memerlukan visa, dan ianya sudah cukup dengan passport sahaja untuk memasuki negara tersebut.

APA ITU VISA


Sample Visa Malaysia
Sample Visa Malaysia_ foto visacentral.sg
Visa merupakan sebuah dokumen yang penting dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi memberi keizinan kepada seseorang (pelawat luar) untuk masuk ke nagara tersebut dalam tempoh waktu dan tujuan tertentu.

*korang perlu tahu. Bukan semua negara memerlukan visa dari pelawat luar dan bukan semua negara yang mengenakan visa, memerlukan visa setiap dari pelawat luarnya.

Sebagai contohnya disini, pelancong dari Malaysia yang mahu ke Thailand tidak memerlukan visa. Sebaliknya jika beliau ingin ke negara China, beliau perlu memohon visa. Ini kerana kerajaan China mengenakan visa ke atas rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke negaranya, tetapi negara Thailand tidak.

Satu lagi contoh, United Kingdom (UK) tidak memerlukan visa dari rakyat Malaysia tetapi lain pula halnya dengan rakyat Indonesia, mereka perlu memohon visa untuk memasuki UK.

Keperluan visa dari sesebuah negara yang dikenakan ke atas sesebuah negara ini dikatakan bergantung kepada perjanjian dua hala negara yang terbabit.

CARA MEMOHON VISA


Untuk memohon visa, korang boleh melawat laman web kedutaan atau terus sahaja memohon di kedutaan yang berkenaan. Tempoh normal untuk visa disiapkan adalah dalam empat hari waktu bekerja. Jadi jika korang telah merancang untuk ke negara yang memerlukan visa, perlulah korang persiapkan visa anda seawal mungkin. Ini untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

VISA IN ARRIVAL (VOA)


*apa pula 'visa in arrival' (VOA)? VOA adalah visa yang hanya perlu dipohon semasa tiba di lapangan terbang di negara yang kita dikunjungi. Tidak perlu mengajukan permohonan visa di kedutaan di negara asal, terus sahaja berurusan di lapangan terbang negara berkenaan. Biasanya VOA ini hanya untuk kunjungan singkat seperti melancong antau kunjungan sosial.

Untuk pengetahuan korang, VOA ini juga hanya dikenakan kepada sesetengah negara sahaja. Sebagai contoh, bagi kunjungan tidak lebih dari tempoh 30 hari, pelancong dari Australia perlu memohon VOA untuk memasuki Indonesia tetapi pengunjung dari Malaysia dikecualikan, cukup dengan  hanya menggunakan pasport sahaja.

Untuk memeriksa sama ada negara yang anda akan kunjungi memerlukan visa atau tidak, anda boleh berbuat demikian di laman web ini, Project Visa [klik].

#Selamat Bercuti ! jangan lupa untuk follow instagram @projektravel


Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari SAHABAT PROJEK TRAVEL bolehlah mengisi form pada link di bawah.

5 ulasan:
Write comments

✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !