5 Lokasi Pisang Goreng Cheese Yang Terkenal Di Shah Alam

5 Lokasi Pisang Goreng Cheese Yang Terkenal Di Shah Alam | Hi Guys I'm back! Talking about banana fritters yang sememangnya tengah trending di Malaysia, hari ini Mat Remos bawakan 5 lokasi pisang goreng cheese untuk misi food hunt korang 

1. Pisang Cheese Jakarta 


Terletak di Seksyen 7, keunikan pisang cheese jakarta ini adalah mereka mempunyai 5 pilihan topping dan perasa yang korang minati seperti Pisang Cheese Original , Pisang Cheese Chocolate ,Messy Chocolate, Coco Caramel dan Crunchy Oreo. Mat Remos difahamkan Pisang Penyet dan Pisang Cheese Bakar bakal menjengah pasaran tak lama lagi.

Lokasi :
 Restoran Lawangsari, 
Jalan Plumbum X 7/X 
( Belakang Pasaraya Giant Seksyen 7), 
40000 Shah Alam

2. Pisang Cheese Seksyen 23 Tam Nasi Ayam



Terletak di Seksyen 23, buat korang yang nak cari di lokasi ini, jangan terkeliru yer. Sebabnya kedai ini terletak di dalam Restoran Tam Nasi Ayam. Sesuai dimakan sebagai pencuci mulut setelah menjamah Tam Nasi Ayam 
Lokasi:
No 1G, 3G, 5G, 
Jalan Pelabur B 23/B,
Seksyen 23 Shah Alam.

3. Apis Pisang Goreng Cheese Puncak Perdana Seksyen U10

Kalau korang sukakan pisang yang rangup, apa kata cuba Apis Pisang Goreng Cheese. Bayangkan kerangupan pisang tersebut dimakan bersama cheese yang meleleh, memang terbaik .Selain pisang goreng, terdapat juga menu lain yang korang boleh cuba di sini 


Lokasi:
Persimpangan resident Puncak Perdana,
Sek U10 Shah Alam,
belakang bangunan Uitm Puncak Perdana

4. Pisang Cheese Seksyen 2 

Kalau dah selalu dengan Pisang Cheese dengan topping yang biasa , apa kata cuba pisang cheese di Seksyen 2. Yang menjadi kelainan di sini adalah toppingnya yang disajikan bersama parutan cheese, chocolate rice dan yang paling rare adalah whipping cream. memang lemak berkrim 

Lokasi:
Medan Selera Seksyen 2,
Berhampiran KFC

5. Pisang Goreng Cheese Seksyen 19

Korang sukakan cheese yang melimpah ruah haa sila terjah Pisang Goreng Cheese Seksyen 19 yang terletak berhadapan dengan Klinik Kesihatan Seksyen 19. Dia punya cheese tu pergh boleh kecur air liur bila tengok. Ditambah pula dengan taburan gula merah memang lemak manis dan disukai ramai

Lokasi :
Jalan Gelora 19/46,
Seksyen 19,
40300 Shah Alam,
Selangor

Sekian saja perkongsian Mat Remos kali ini, if you guys have any suggestion about Pisang Cheese why not mention here so that I can updated with all readers. Happy weekend !

By Mat Remos 


Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari SAHABAT PROJEK TRAVEL bolehlah mengisi form pada link di bawah.




Share on Google Plus
***

7 comments:

  1. Terbaik! Mesti cari punya! huhu

    BalasPadam
  2. Menjadi kegilaan sekarang ini.

    BalasPadam
  3. try pisang goreng gunung keriang bila smpi di kedah nnt..

    BalasPadam
  4. yg depan lawangsari tu aku pernah beli. walaupun pada aku biasa je. aku tetap beli bila dah teringin sgt

    BalasPadam