TIPS MEMOHON CUTI PANJANG UNTUK TRAVEL

TIPS MEMOHON CUTI PANJANG UNTUK TRAVEL | Tiap-tiap kali masuknya tahun baru, mesti ramai yang tercari-cari Kalendar Cuti Umum Tahun 2015. Mana tak nya, masing-masing sibuk planning nak susun siap-siap, bila nak apply cuti, bila nak travel, bila nak balik kampung dan sebagainya. Siapa yang tak nak pergi melancong kan?

cuti untuk travel

Untuk kali ini, kami di Projek Travel nak berkongsi satu tips penting dalam merancang percutian. Ya, kami yakin kebanyakan daripada anda adalah berkerja. Jadi, dah pasti kekangan kita semua untuk travel adalah pasal cuti yang terhad. Persoalannya, macam mana nak guna cuti yang diberikan oleh majikan secara optimum? Macam mana nak apply cuti panjang dan bila masa yang paling sesuai untuk travel? Lagi-lagi untuk kaki travel yang bukan sekali dua nak ambil cuti untuk travel dalam setahun, malah yang merancang untuk travel lebih kerap. 


Logik kah? Semuanya mampu dilakukan jika kena cara dan tempatnya. Kat sini kami ingin berkongsi macam mana nak menggunakan cuti sebaik mungkin agar cuti yang dipohon adalah panjang dan cukup untuk kita semua travel ke destinasi pilihan masing-masing.

Tarikh Sesuai Untuk Bercuti


Soalan pertama yang harus korang jawab adalah, berapa hari cuti yang diperuntukkan dalam setahun? Mungkin ada yang dapat 14 hari, mungkin juga ada yang dapat 25 hari. Jadi, jom kita tengok bila masa sesuai untuk kita guna cuti yang kita ada. Cekidout!!!


Jan-Feb
Apply cuti pada 30 Januari (1 hari) untuk percutian selama 5 hari
NOTA: Khususnya ntuk pekerja di Kuala Lumpur

Apply cuti pada 18 Februari (1 hari) untuk percutian selama 5 hari
NOTA: Sempena cuti Tahun Baru Cina


May
Appy cuti pada 4 May (1 hari) untuk percutian selama 4 hari


Julai
Apply cuti pada 15-16 Julai (2 hari) untuk percutian selama 5 hari
NOTA: Cuti Hari Raya Aidilfitri. Kebanyakan orang prefer balik kampung


Ogos
Apply cuti pada 27-28 Ogos (2 hari) untuk percutian selama 5 hari


September
Apply cuti pada 17-18 September (2 hari) untuk percutian selama 5 hari


Apply cuti pada 25 September (1 hari) untuk percutian selama 4 hari


Oktober
Apply cuti pada 15-16 Oktober (2 hari) untuk percutian selama 5 hari


November
Apply cuti pada 9 November (1 hari) untuk percutian selama 4 hari


Disember
Apply cuti pada 23 Disember (1 hari) untuk percutian selama 5 hari


Apa tunggu lagi? Cepat-cepat tanda dalam kalendar masing-masing. Kalau cuti tahunan 14 hari, follow je jadual cuti ni memang ohsem lah hidup especially kalau plan nak travel. Kalau cuti tahunan 25 hari, cuba bayangkan. Fuyoh, siap boleh carry forward lagi balance 11 hari tu. Torbaik.

Instagram

Apapun, semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda sedikit-sebanyak dalam merancang percutian. Set date awal-awal, book tiket cepat-cepat, jom lah kita travel. Jangan lupa, kongsikan setiap pengalaman anda melancong ke destinasi pilihan bersama kami di instagram/ facebook dengan hashtag #ProjekTravel .

Share on Google Plus
MoKA as known as penaberkala is a lifestyle blogger who based in Kuala Lumpur. He has blogged since 2009. He was born in Kota Bharu, Kelantan. Previously, studied at SK Melor, MRSM Jeli and Universiti Teknology PETRONAS. He is graduated with First Class Honors in Bachelor's degree Chemical Engineering, major in Process Control and Analysis. Currently, he works in Financial Institution sector. A person who love to travel, food hunting, cooking and addicted to blogging and social media sharing. For more info, kindly visit www.penaberkala.com

1 comments:

  1. cuti panjang ? huhuu x merasa la apply2 cutiii. dah keje sendiriii~

    BalasPadam