Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

2 Jan 2015

Projek Travel | Sambutan Ulang Tahun Pertama Meriah

Projek Travel | Sambutan Ulang Tahun Pertama Meriah

Projek Travel | Sambutan Ulang Tahun Pertama Meriah | Pada 1 Januari 2015 genaplah ulang tahun pertama untuk Projek Travel di alam maya sebagai medium perkongsian rasa berkenaan informasi percutian dan makanan. 

Majlis yang serba ringkas telah dilakukan di Restoran Pak John Steamboat & BBQ E-curve Damansara. Beberapa orang rakan terdekat yang sama-sama menyokong Projek Travel telah hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis ringkas ini.

Informasi Projek Travel


1.  Diwujudkan adalah kerana kami berkongsi minat yang sama terhadap industri perlancongan
2.  Hanya seorang 'bunga' diantara kami
3.  Wujud BUKAN sebagai sebuah kumpulan travel tetapi lebih kepada komuniti perkongsian
4.  Sesiapa sahaja dialu-alukan untuk menyumbang kisah / cerita/ gambar perkongsian berkenaan perlancongan.

Projek Travel | Sambutan Ulang Tahun Pertama Meriah

Untuk edisi 2015 nanti, beberapa perancangan akan dibuat untuk menjadikan kita semua sebagai komuniti #projektravel yang aktif dalam perkongsian informasi perlancongan.

Projek Travel | Sambutan Ulang Tahun Pertama Meriah

Akhir kata, sekalung tahniah untuk Projek Travel diatas sambutan ulang tahun pertama. Semoga 2015 akan dimurahkan lagi rezeki hendaknya. 

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Halim Brother & Komuniti HaiBlogger! diatas tajaan lokasi makan-makan dan juga pihak Delifrance Malaysia yang sudi menaja pelbagai jenis pastri yang sangat sedap. 

Tidak dilupakan semua rakan-rakan instagram & juga rakan di Facebook yang selalu menyokong Projek Travel sehingga kesaat ini. 

Sekiranya anda semua inginkan informasi berkenaan perlancongan, anda boleh ke:

Facebook: projektravel
Instagram: @projektravel #projektravel
Email: projektravel@gmail.com

3 ulasan:
Write comments
  1. selamat ulangtahun..semoga projektravel terus maju

    BalasPadam
  2. Selamat ulangtahun buat projektravel ... Moga terus berkembang aktif untuk tahun² mendatang InsyaAllah :)

    BalasPadam
  3. wahh tahu2 je dah setahunnn !

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !