Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

31 Jan 2015

MUSAFIR DALAM PANDANGAN ISLAM

 musafir atau pengembaraan
Sumber_ khalifah-samudera.blogspot.com
Terdapat beberapa ayat Al Quran yang menyentuh tentang musafir atau pengembaraan. Antaranya ialah :

Firman Allah dalam Surah Al An'am (6: 11) yang terjemahannya: Katakanlah (Muhammad), "Jelajahilah bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.''

Ayat lain, Surat An-Naml (27: 69) bermaksud: Katakanlah (Muhammad) "Berjalanlah kamu di muka bumi, lalu perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.

Seterusnya dalam Surah Ar-Rum (30: 42): Katakanlah (Muhammad) "Berpergianlah kamu di muka bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan mereka adalah orang yang mempersekutukan (Allah)."

Dalam Surah Al-Hajj (22: 46), Allah berfirman yang terjemahannya: Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dada.

Manakala dalam Surah Al Mulk (67: 15) pula bermaksud: Dialah yang memjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.

Oleh itu dapat kita katakan bahawa orang-orang Islam memang digalakkan untuk bermusafir / mengembara dalam rangka untuk menambahkan keimanan kepada Allah SWT. Dalam bermusafir, nikmat pancaindera pendengaran dan penglihatan serta hati harus peka dan digunakan untuk memperakui kekuasaan dan kebesaran Allah. Betapa Allah Maha Berkuasa mengazab orang-orang yang mendustai ayat dan petunjuk Allah. Merasai pengalaman berada di tempat-tempat tertentu umpamanya melihat tinggalan sejarah Firaun di Mesir pasti tidak sama dengan sekadar mengetahui melalui pembacaan.

Untuk bermusafir, niat kita harus semata-mata untuk mencari kebaikan kerana Allah SWT. Manusia bermusafir atas berbagai-bagai sebab antaranya melakukan amal ibadat haji atau umrah, menuntut ilmu, mencari rezeki, berjihad atau untuk menziarahi keluarga atau sahabat. Musafir tidak seharusnya dicemarkan dengan perkara-perkara maksiat dan haram samada sebagai tujuan atau pun aktiviti semasa bermusafir.

ADAB BERMUSAFIR


  • #Musafir dengan niat dan tujuan yang baik.
  • #Mandi sunat sebelum bermusafir.
  • #Solat sunat musafir seterusnya berdoa sebelum memulakan perjalanan.
  • #Menyediakan bekalan yang secukupnya termasuk kenderaan, makanan, wang, pakaian dan ubatan jika perlu.
  • #Jika bermusafir dalam kumpulan tiga orang atau lebih, sunat melantik seorang menjadi ketua.
  • #Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada yang ditinggalkan bagi memaklumkan tentang keberangkatan dan tempat yang dituju.
  • #Memilih teman musafir yang soleh.

Galakan melakukan musafir atau pengembaraan boleh difahami dengan adanya pelbagai keringanan yang diberikan oleh Islam kepada para musafir, bahkan kelebihan yang dapat diraih semasa bermusafir. Bagi yang bermusafir lebih daripada dua marhalah (91 km) antara keringanannya:

#Mengqasarkan solat fardhu yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Hanya bermusafir saja yang menjadi alasan dibolehkan qasar.
#Menjamak solat iaitu menggabungkan dua solat dikerjakan dalam salah satu waktu.
#Tidak berpuasa pada siang hari Ramadhan sekiranya musafirnya menghadapi kesukaran untuk berpuasa.
#Mengusap sepatu selama tiga hari tiga malam bagi musafir. Daripada Ali bi Abi Talib"Rasulullah SAW menjadikan tiga hari tiga malam sebagai jangkawaktu mengusap khuf (sepatu) bagi musafir, sedangkan sehari semalam untuk mukim" (HR Muslim no. 276).
#Bertayamum ketika safar sekiranya sukar mendapati air.
#Meninggalkan solat sunat rawatib (namun Rasulullah SAW tetap melakukan solat sunah qabliyah subuh dan sunat witir).

Meski pun para musafir mendapat keringanan, namun pahalanya seperti yang diperolehi oleh yang mukim. Sabda Rasulullah SAW "Jika seseorang sakit atau bermusafir, maka dicatat pahala baginya sebagaimana ia mukim atau ketika sihat" (HR Bukhari no 2996).

KELEBIHAN BERMUSAFIR


Di samping itu, telah disebutkan pula kelebihan bermusafir, antaranya: 

Mustajabnya doa orang yang sedang bermusafir bukan dengan tujuan melakukan maksiat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa ibu/bapa, doa orang bermusafir dan doa orang yang dizalimi" (HR Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Bagi musafir yang terputus bekalannya semasa diperantauan, mereka termasuk dalam salah satu asnaf yang layak untuk diberikan zakat.

Dengan berbagai-bagai manafaat dan keringanan yang boleh diperolehi melalui pengembaraan atau bermusafir, mudah-mudahan kita termotivasi untuk mencari peluang bermusafir dan semoga musafir kita akan menambah iman serta kefahaman kita akan kebesaran Allah, mengingatkan kita untuk bersyukur dan lantaran itu menyedari akan kedudukan kita sebagaihamba Allah, aamin...Ya Rabb

Sumber : musafirghuroba.blogspot.com [klik]


Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari SAHABAT PROJEK TRAVEL bolehlah mengisi form pada link di bawah.

3 ulasan:
Write comments
  1. Suka himpunan petikan ayat pada awal entri ni. Memang betul dan terbukti dalam Islam pun telah menggalakkan kita untuk menggembara (tapi dengan niat yang betul). Best part bila menggembara ni kita dapat tengok pelbagai budaya (yang baik & buruk). Itu terpulang kepada kita untuk terima semua budaya tu (dengan cara apa). Sebelum travel, dah ingatkan diri "Travel adalah kerana Allah". Mesti semuanya baik-baik saja. InsyaAllah. TQ for sharing ya.

    BalasPadam
  2. thankssss for the entry ! perkongsian yg sgt bagus. travel2 jugak.. syariat dr segi islamik jgn dilupakan. gituu

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !