Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

17 Jan 2015

MEE UDANG Kegilaan Ramai di Nilai

MEE UDANG Kegilaan Ramai di Nilai | Siapa kat sini penggemar Mee Udang? Kalau ada, admin nak syorkan korang ke D'Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner Nilai. Mee Udang yang makin menjadi perhatian ramai kerana rupa dan rasanya yang sangat sedap. Tidak perlu risau kerana harganya mampu makan. hehe.

Signboard kedai D'Laila Mee Udang

Ini bukan kali pertama admin kesini. Mana tidaknya, semua gara-gara penangan Mee Udang dia yang cukup menyegat. Tak salah kalau admin katakan, Mee Udang Kak Laila ni merupakan Mee Udang terbaik admin pernah makan.

Bukan admin saja sanggup ke Nilai semata-mata untuk makan Mee Udang Kak Laila ni. Tapi ramai lagi pelanggan dia yang bukan hanya dari Kuala Lumpur. malah ada yang datang dari Pahang semata-mata kerana Mee Udang nya. Memang hebat tak penangan Mee Udang Kak Laila ni.

Pilihan makanan laut yang segar

Tak mustahillah rasa Mee Udang dia sedap kalau segala udang , ketam nya segar-segar. Pilih je mana korang nak. Gerenti segar dan sedap. Korang boleh tengok sendiri kesegaran makanan laut yang Kak Laila guna dalam masakan beliau.

Mee Udang
Yang ni merupakan Mee Udang saiz L. Harga dia hanya RM12.00 .Memang cukup berbaloi - berbaloi lah. Udang dia pun besar-besar. Serius puas hati. Admin pasti, bila dah dihidangkan depan korang, mesti korang sayang nak makan sebab cantik sangat dia susun. Hahahahah.

Mee Udang  dan Mee Udang + Ketam
Selain Mee Udang, korang jugak boleh buat pilihan makanan laut lain seperti kupang dan ketam. Kalau korang nak mix seafood pun boleh. Bagitau je selera anda. Insyaallah diorang akan buat.

Asam Pedas dan pelbagai menu 
Bagi mereka yang tak makan Mee Udang. Korang boleh makan jenis masakan lain seperti Asam Pedas atau macam-macam lagi.

Telur Sotong dan Ikan Mayong
MY juga nak recommand kan kat korang menu telur sotong dan Telur Ikan Mayong ni. . Kata Kak Laila, bagi sesiapa yang inginkan Telur Ikan Mayong ni. Korang kena tempah awal dengan Kak Laila melalui facebook beliau sendiri di  D'laila Suppower [klik] . 

Dimasak dalam periuk tanah liat
Memandangkan Telur Ikan Mayong ni limited edition katanya, admin hanya sempat rasa menu Kari Telur Sotong dia  je.

Kari Telur Sotong
Malam ni admin keyang sangat. Mana taknya , tak cukup Mee Udang saiz L datang pulak Kari telur sotong ni. Kalau tak makan rugi pulak. Tak tau bila lagi dapat datang huhu.


Tengoklah masing-masing makan. Diorang pun kata sedap. Nasib baik kenyang. Kalau tak sah-sah dah tapau bawak balik.

D'Laila Mee Udang di Surat Khabar_sumber FB D'Laila Suppower
Bagi korang yang ingin ke sini tapi tak tahu jalan. Korang boleh terus onkan aplikasi Waze [klik] di Smartphone korang. Taip "MMA SANTAI CORNER NILAI". Insyaallah, ia akan bantu korang ke destinasi dengan cepat.
----------------------------------------------------------------

MMA Santai Corner,
Putra Point Fasa 2B, Putra Nilai, 
71800 Nilai, Negri Sembilan 

Masa Operasi:
5 petang ke 12.00pagi


2 ulasan:
Write comments
  1. takde rezeki nak join hari tu.. inshaAllah next time.

    BalasPadam
  2. Lokasi tersohor kebelakangan ini,malangnya kami masih belum sempat nak ke sana. Kami memang suka mee udang.

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !