Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

19 Jan 2015

HARGA PASSPORT MALAYSIA TERKINI 2015

HARGA PASSPORT MALAYSIA TERKINI 2015 | Berita baik admin nak khabarkan kepada semua kaki travel di Malaysia ni.  Dikhabarkan bayaran passport Antarabangsa Malaysia untuk tempoh 5 tahun telah dikurangkan kepada RM100. *dikurangkan RM 100 ya. Bukan Dikurangkan menjadi RM100.

Namum ia bukan hanya satu perkhabaran sahaja. Tapi telah disahkan di laman web Imigresen Malaysia. Nampak gayanya, ni merupakan permulaan yang baik untuk team #ProjekTravel. Peluang baik untuk travel, travel dan travel. *siapa nak ikot? jom, Tapi jangan lupa renew passport korang untuk tempoh 5 tahun ya. hehe. 

PASSPORT ANTARABANGSA MALAYSIA 2 TAHUN DIMANSUHKAN


Menerusi laman web Jabatan Imigresen Malaysia ada memaklumkan bahawa bermula pada 15 Januari 2015, Pasport Malaysia Antarabangsa bagi tempoh sahlaku selama dua (2) tahun dengan kadar bayaran RM100.00 dimansuhkan. Bermula pada 15 Januari 2015, hanya Pasport Malaysia Antarabangsa tempoh sahlaku lima (5) tahun sahaja yang akan dikeluarkan dengan kadar bayaran seperti berikut :-

Sumber_ http://www.imi.gov.my/
>>klik foto untuk lebih jelas<<

Harga atau Kadar Bayaran Passport Terkini 2015 Mengikut Kategori

# Permohonan biasa berumur 12 tahun hingga 59 tahun: RM200
# Pemohon warga emas iaitu 60 tahun ke atas: RM100
# Pemohon kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah: RM100
# Jemaah haji: RM100
# Pelajar yang mengikuti pengajian luar negara: RM100
# OKU: Percuma tiada bayaran

Berita Baik Untuk Kaki Travel di Malaysia

Bagi kaki travel, ini sudah semestinya menjadi berita yang sangat baik. *mana taknya, lebih jimat dan tak perlu untuk selalu ke imegresen untuk renew passport. Dengan RM100 tu banyak nilainya bagi mereka yang bergelar Backpacker. Mungkin ia menjadi masalah untuk mereka yang kurang travel. *hahhahaha

Jadi bagi mereka yang masih was-was dengan berita baik ni, korang boleh check sendiri di laman web Imegresen Malaysia [klik] .

Kalau korang baru nak buat passport. Admin suggest buat kat Imegresen Kajang. Service tip top dan cepat. Kena pandai cari masa yang sesuai.


p/s : Gratis disini bermaksud PERCUMA.

11 ulasan:
Write comments
  1. helokkk je lepas aku buat passport dia kuar lak harga baru. kalau tau aku teruih ja buat yg 5 tahun !

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Abis eddah bolehlah masuk meminang..hehe..

      Padam
  3. Mcm mana proses nak buat pasport berkumpulan
    Berapa hari boleh siap

    BalasPadam
  4. Maksudnya RM200 untuk 5 tahun la kan? Sayangnya passport saya hilang..kena buat balik la ni...

    BalasPadam
  5. Masih ada ke passport berkumpulan

    BalasPadam
  6. Boleh kah orang sabah yang berada di sarawak membuat pasport.

    BalasPadam
  7. Dapat kah .jika orang Sabah atau orang semenanjung yang berada di sarawak memohon pasport di mana mana imigresen seluruh sarawak.

    BalasPadam
  8. Kids price under 5 years old..???

    BalasPadam
  9. If passport hilang harga tetap sama ke nak buat balik ?

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !