BITES CAFE, LAKE FIELDS. #6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MAKAN DI BITES CAFE.

BITES CAFE, LAKE FIELDS | Mesti ramai yang pernah dengan bites bila rajin hafal kamus bahasa Inggeris dulu kan. Kali ni kami nak kongsikan Bites lain dari kamus. Bites Cafe di Lake Fields sangat menakjubkan suasana. Kat sini kami akan kongsikan #6 sebab mengapa anda perlu makan di Bites Cafe, Lake Field.


Amaran! Pastikan anda betul betul bersedia sebelum baca. Sebab kepada sebab kenapa anda perlu makan di Bites ni bukan biasa-biasa.

#1 Makanan Yang Memang Sedap!


Bagi kami setiap makanan yang disediakan sangat sedap. Keunikan rasa tempatan sangat dirasai sehinggakan ada ais krim berperisa kelapa dan gula melaka. Waawwww..

#2 Kebersihan Dari Dapur Yang Terjamin Kebersihan


Kebersihan sangat menjadi keutamaan untuk semua. Di Bites, kita boleh tengok cara nak buat, sedia dari awal hingga akhir. Itu pun kalau betul-betul tekun siap boleh teropong untuk tengok.

#3 Tuan Rumah Yang Sangat Friendly


Ucapan terima kasih sememangnya paling penting kalau kita nak merasai kemesraan. Sini bukan saja terima kasih boleh dapat, selfie, wefie dengan kopi pon boleh dapat. Mesra sesangat.

#4 Suasana Tempat Makan Yang Sangat Awesome


Anda akan dapat merasai warna warni persekitaran sehinggakan makanan yang anda makan pun rasa seronok ja bila nak makan. Ayat macam memain tapi cuba la untuk merasai emosi sebenar.

#5 Tempat Yang Mudah Untuk Park Dan Strategik


Anda akan dapat park dengan selesa disekitar cafe dan sambil tu tak perlu nak Q mencari parking. Maksud strategik dekat sini pulak memang mudah nak tengok bila anda macam tercari-cari tempatnya. Bak kata orang tua-tua, "senang cari".

#6 Jaminan Toilet..... erkkk... baca la gambar tu. Hehehe..



Ini sangat unik bagi kami. Nice sebab walau singgah situ pon rasa persekitaran yang happening.

Jadi, bagi anda yang teringin sangat nak rasa dan bagi kami anda perlu rasa. Boleh terus hubungi atau terus ke alamat yang diberi.


---------------------------------------------------------
BITES CAFE

Address: 
72, Jalan Tasik Utama 7, 
Lake Fields Sg Besi, 
57000 Kuala Lumpur.

Contact no: 
03-90554438

Business hours: 
Mon-Thu: 9.00am – 10.00pm
Fri-Sat: 9.00am – 11.00pm
Sun: 9.00am – 10.00pm


Tunggu apa lagi?! Jom layan Bites! 


Credit to FoodInk atas jemputan makan ini. Layari https://www.foodink.com.my/ untuk dapatkan info lanjut.


Share on Google Plus

2 comments:

  1. eh ari tu ke lake field x perasan pon kedai niii.

    BalasPadam
  2. Macam-macam menu. Bolehlah nanti kami ke sana cuba menu ni.

    BalasPadam