3 SEBAB UTAMA KENAPA CUTI SEKOLAH PENTING

3 sebab utama kenapa cuti sekolah penting? Cuba korang fikir dan bagi pendapat, ada apa dengan cuti sekolah? Semestinya setiap orang ada pendapat masing-masing. Tapi, bagi kami di Projek Travel, 3 sebab utama kenapa cuti sekolah penting kerana.......


1. Balik kampung

Ya, time cuti sekolah lah mak ayah nak hantar anak-anak balik kampung jumpa datuk nenek. Alang-alang cuti sekolah, bolehlah bawa anak-anak bercuti ke kampung halaman. Kalau yang menetap di bandar, inilah masa yang sesuai untuk merasai suasana kampung. Bagi yang masih bujang pula, terutama cikgu-cikgu yang mengajar di negeri-negeri lain, sudah pasti musim cuti sekolah akan dimanfaatkan sebaiknya untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga tercinta. Tahukah anda? Feeling paling best bila travel adalah di saat pulang ke kampung halaman. Ho ho ho, balik kampung, hati girang :)

2. Kenduri-kendara

Asal cuti sekolah je, kenduri kahwin. Asal kenduri kahwin je, cuti sekolah. Time cuti sekolah adalah time paling sesuai untuk mengadakan majlis kenduri kahwin. Tak kira lah pengantin baru berjawatan apa sekalipun, doktor, engineer, lawyer, banker, pensyarah, apa-apa je pasti tarikh semasa cuti sekolah juga yang dipilih. Ada yang plan nak kahwin dalam masa terdekat? Hah, cepat-cepat belek kalendar tengok tarikh yang sesuai. Ingat, cari tarikh cuti sekolah. Itu yang penting!  Ke ada yang plan nak buat majlis kahwin time cuti Hari Pekerja ataupun cuti Hari Deepavali? Kalau ada, jangan lupa jemput kami ye, hehe

3. Travel 

Last but not least, ini semua orang tahu kenapa cuti sekolah itu penting. Time cuti sekolah adalah waktu paling sesuai untuk pergi travel atau bercuti. Tak kiralah ke luar negara ataupun dalam negara. Kenapa? Sebab, kalau mak ayah bekerja, mereka akan sanggup ambil cuti untuk bawa anak-anak pergi melancong. Kalau yang bujang apatah lagi. Setuju tak kalau kami kata, "Untung jadi cikgu". Sebab? Tarikh cuti sekolah yang termaktub dalam takwim adalah tarikh yang paling senang untuk book tiket flight pergi melancong. Tak payah pening-pening fikir macam mana cara nak apply cuti panjang.



Alang-alang tuh, sesiapa yang merancang untuk balik kampung, buat majlis kenduri kahwin ataupun travel, bolehlah rujuk takwim cuti persekolahan tahun 2015. Semoga bermanfaat! Macam mana, setuju tak dengan 3 sebab utama kenapa cuti sekolah penting? Kalau tak setuju, boleh bagi pendapat di ruangan komen :)

Best jugak jadi cikgu kan? Orang cuti raya, dia pun cuti. Orang cuti hari pekerja pun, dia cuti. Tapi, time diorang cuti sekolah, orang-orang lain tak bercuti, hehe. Apapun, cikgu adalah pekerjaan yang mulia. Setiap ilmu dan didikan yang diberi kepada anak bangsa, di situ mereka mula melabur saham untuk keuntungan di alam sana. Apapun, selamat memulakan alam persekolahan untuk sessi 2015. All the best!

Psssst, cikgu-cikgu yang suka travel tuh. Cuti sekolah nanti, nak pergi melancong ke mana? Nanti, bolehlah share destinasi pilihan anda bersama kami di Projek Travel dengan hashtag #ProjekTravel

Share on Google Plus
MoKA as known as penaberkala is a lifestyle blogger who based in Kuala Lumpur. He has blogged since 2009. He was born in Kota Bharu, Kelantan. Previously, studied at SK Melor, MRSM Jeli and Universiti Teknology PETRONAS. He is graduated with First Class Honors in Bachelor's degree Chemical Engineering, major in Process Control and Analysis. Currently, he works in Financial Institution sector. A person who love to travel, food hunting, cooking and addicted to blogging and social media sharing. For more info, kindly visit www.penaberkala.com

3 comments:

  1. Tahun ni memg siapa yang bekerja siap2 tanda cuti..hehe

    BalasPadam
  2. balik kampung dgn kenduri tu betul. tp bab travel ? dlm negara aku elak sbb byk tmpt akan sesak. huhu

    BalasPadam
  3. aku dah tobat travel time cuti cuti macam ni

    BalasPadam