Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

28 Dis 2014

Restoran Terbaik Di Port Dickson | Ghodang Kopi Tiam, Teluk Kemang

Restoran Terbaik Di Port Dickson | Ghodang Kopi Tiam, Teluk Kemang |  Alhamdulillah, minggu lepas admin telah berpeluang untuk bercuti di Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan. Apa yang admin nak kongsi tentang percutian kali ni ialah berkenaan tempat makan special yang ada di sekitar Port Dickson ni. Memandangkan dinner tidak disediakan oleh pihak hotel kepada kami. Maka misi pencarian restoran menarik di sekitar Port Dikson telah kami rancang.

Memang bukan senang untuk mencari dan memilih tempat untuk makan. Tambah pula tempat tu asing buat kita. Tapi ternyata nasib kami begitu baik pada malam tu. Tempat yang kami pilih untuk dinner kali ni ialah di Ghodang Kopi Tiam, yang mana ia berada di area Teluk Kemang. Hanya beberapa minit dari penginapan kami. 

Apa yang menarik perhatian kami tentang makanan disini ialah Coconut Shake dia. *pergh menyelerakan, gelas dia bapak besar. So kami beli 2 untuk kongsi 3 orang. 

Coconut Shake 
Selain dari itu, kami juga ada try Banana Cheese diorang. Memang korang kena cuba. Lain dari yang lain. Tengok pun dah tahu macamana rasa dia. Kalau korang nak tahu, Banana Cheese ni tengah hangat  kat Malaysia ni. Sangat mudah nak dapat kat mana-mana sekarang. kalau dulu, kalau megidam nak makan Banana Cheese, kena turun Indonesia la gamaknya. Memandangkan terlalu banyak, jadi pandai-pandai la korang buat pilihan. Yang penting puas.

Banana Cheese
Kami juga ada oder makanan panas seperti nasi goreng. Apa yang admin nak katakan, makanan dia semua sedap. *Highly recommended la kat sini. Kalau tanya admin, seriusly kalau admin datang lagi ke Port Dickson ni, admin akan singgah lagi kat Ghodang Kopi Tiam, Teluk Kemang ni.

Selesai makan, kami terus balik ke resort dengan hati yang senang untuk setelkan kerja yang mana tertangguh. *cuti pun keje tetap kena siapkan hehe. Bila dah siap semua, baru lah boleh tidur dengan lenanya. 

7 ulasan:
Write comments

✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !