Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

26 Nov 2014

27 PASPORT PALING BERKUASA DI DUNIA

27 PASPORT PALING BERKUASA DI DUNIA | Kali ini, admin rasa berbesar hati untuk berkongsi tentang 27 Pasport Paling Berkuasa Di Dunia. Sebenarnya, cetusan idea untuk perkongsian kali ini bersumberkan perkongsian admin dalam blog personal untuk entri Pasport Paling Berkuasa Di Dunia .

27 PASPORT PALING BERKUASA DI DUNIA
Contoh pasport
Dah baca ke belum entri mengenai 7 barang paling asas untuk dibawa semasa travel? Kalau belum baca, hah pi baca laju-laju. Kalau nak tahu, salah satu benda yang wajib bawa semasa travel especially untuk travel ke luar negara adalah pasport. Tapi kan, anda semua tahu tak pasport negara mana paling berkuasa di dunia? Kalau nak tahu, memang betul lah tujuan anda baca kat sini. Jom kita tengok dan teruskan bacaan anda!

Kedudukan Pasport Paling Berkuasa di Dunia


Tempat pertama
Passport United Kingdom, Finland dan Sweden 
Akses tanpa visa ke 173 negara 
Tempat ke-2
Passport Amerika Syarikat, Jerman, Denmark dan Luxembourg 
Akses tanpa visa ke 172 negara 
Tempat ke-3
Passport Itali, Belgium dan Belanda 
Akses tanpa visa ke 171 negara 
Tempat ke-4
Passport Ireland, Kanada, Perancis, Jepun, Norway, Portugal dan Sepanyol 
Akses tanpa visa ke 170 negara 
Tempat ke-5
Passport Switzerland, Austria dan New Zealand 
Akses tanpa visa ke 168 negara 
Tempat ke-6  
Pasport Australia, Singapura dan Greece  
Akses tanpa visa ke 167 negara 
Tempat ke-7
Pasport Korea Selatan 
Akses tanpa visa ke 166 negara 
Tempat ke-8
Pasport Iceland 
Akses tanpa visa ke 165 negara 
Tempat ke-9
Pasport Malaysia berkongsi kedudukan bersama Malta 
Akses tanpa visa ke 163 negara


Pasport paling lemah di dunia


Tempat pertama
Pasport Afghanistan 
Hanya ke 28 buah negara tanpa visa
Tempat ke-2
Passport Iraq
Hanya ke 31 buah negara tanpa visa 
Tempat ke-3
Passport Somalia dan Pakistan
Hanya ke 32 buah negara tanpa visa

Macam mana, power ke tak power pasport Malaysia? Ok lah kan, tersenarai di tangga ke-9 dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia. Ya, kita patut berbangga jadi rakyat Malaysia. Patutlah admin tengok orang Malaysia ni sakan berjalan dan melancong ke luar negara, hehe.

Kesimpulannya kat sini, pasport paling berkuasa di dunia ditentukan dengan jumlah negara yang boleh dilawati oleh pemegang pasport tanpa menggunakan visa. Semakin banyak negara yang dapat di jelajahi oleh pemegang pasport ke negara-negara luar, semakin berkuasa pasport tersebut. 

Jadi kat sini, negara yang banyak perlukan visa untuk masuk ke negara-negara lain, maknanya pasport tersebut kurang power! Ada faham? Semoga perkongsian informasi tentang 27 PASPORT PALING BERKUASA DI DUNIA ini dapat memberi sedikit-sebanyak info mengenai pasport.

Selamat melancong !
 

6 ulasan:
Write comments
  1. Info yang baik untuk dikongsi!

    BalasPadam
  2. boleh tahan jugak eh passport malaysia

    BalasPadam
  3. Tapi memgapa sesetengah rakyat Malaysia suka memburuk2kan negara ini ketika di luar negara hanya kerana benci kan pemimpin

    BalasPadam
  4. Kalau nk ke Sri Langka perlu passport ea?

    BalasPadam
  5. Bolehkah rakyat malaysia melawat America syarikat?kerana desas desus baru2 ini donald trump telah mengistiarkan malaysia di larang memasuki negara itu? Atau itu hanya khabar angin?

    BalasPadam
  6. Bolehkah rakyat malaysia melawat America syarikat?kerana desas desus baru2 ini donald trump telah mengistiarkan malaysia di larang memasuki negara itu? Atau itu hanya khabar angin?

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subscribe Projek Travel !