Pengiklanan & Pertanyaan

projektravel@gmail.com

✈ We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.

23 Jun 2017

TIPS DAN SENARAI SEMAK SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG

PERIKSA KENDERAAN ANDA SEBELUM PULANG KE KAMPUNG | Assalamualaikum semua. Hari ini semakin ramai warga kota mula meninggalkan rumah untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing untuk menyambut ketibaan Aidilfitri yang bakal disambut pada hari Ahad ini. Ada yang menuju ke Utara, Selatan, Pantai Timur dan tak kurang ada juga yang menuju ke Ibu kota kerana keluarga di sana.

Tips Dan Senarai Semak Sebelum Memulakan Perjalanan Pulang Ke Kampung
Senarai semak pemeriksaan kenderaan

Walau di mana jua destinasi anda, pastikan aspek keselamatan perlu dititikberatkan terutama yang bakal menempuh perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang panjang. Ini kerana faktor kenderaan meningkat di jalanraya dan akan menjadikan perjalanan anda melebihi dari tempoh yang sepatutnya sehingga ada yang mencecah sehingga 15 jam.  Jadi sebelum memulakan perjalanan, sila pastikan kenderaan anda di dalam keadaan yang terbaik bagi melancarkan perjalanan.

SENARAI SEMAK UNTUK PEMERIKSAAN KENDERAAN

🚗 Tayar
🔧 Tekanan tayar adalah mencukupi
🔧 Bunga tayar dalam keadaan yang baik (tidak merekah atau menggelembung)
🔧 Telah membuat Alignment & Balancing
🔧 Tayar ganti dalam keadaan baik

🚗 Lampu
🔧 Pastikan semua lampu (lampu isyarat, lampu hadapan, lampu belakang dan lampu brek ketiga) dalam keadaan baik dan berfungsi

🚗 Bendalir
🔧 Pastikan inyak pelincir, minyak brek, air bateri, air wiper, air radiator berada di paras yang tepat

🚗 Lain-lain
🔧 Periksa tahap penyejukan kenderaan
🔧 Periksa sekitar radiator & hos untuk mengesan sebarang kebocoran
🔧 Periksa bonet kereta dan pastikan ada kit keselamatan dan alat penyelenggaraan asas


TIPS SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

✔ Menyediakan alatan GPS bagi membantu mencari jalan alternatif (jika perlu)
✔ Smart TAG disediakan dan mempunyai bateri yang mencukupi untuk mengelakkan beratur di plaza tol
✔ Touch N' Go mempunyai baki yang mencukupi kerana laluan Tambah Nilai telah ditutup di semua lorong Tol
✔ Charger telefon atau powebank untuk memastikan bekalan bateri telefon anda mencukupi jika ada berlaku kecemasan
✔ Mengisi minyak penuh bagi mengelakkan kehabisan minyak semasa perjalanan pulang.
✔ Pastikan pemandu mempunyai rehat yang cukup dan berhenti jika berasa penat dan mengantuk.


Semoga dengan adanya tips dan senarai semak ini, dapat sedikit sebanyak membantu anda melancarkan perjalanan. Jangan lupa untuk merancang perjalanan anda dan sentiasa mendengar Info Trafik yang disediakan di Radio atau Televisyen untuk memudahkan perjalanan anda menuju ke destinasi masing-masing. Semoga anda selamat sampai ke kampung halaman dan beraya bersama yang tersayang. 

Salam Aidilfitri dari kami Team Projek Travel



22 Jun 2017

5 BANDAR DENGAN ALIRAN TRAFIK TERTINGGI SEMPENA HARI RAYA 2017

5 BANDAR DENGAN ALIRAN TRAFIK TERTINGGI SEMPENA HARI RAYA 2017 | Bersempena dengan kedatangan Hari Raya 2017 yang tidak lama lagi, admin ingin berkongsi dengan korang semua jangkaan 5 bandar dengan aliran trafik tertinggi sempena Hari Raya 2017 yang akan disambut pada hari Ahad, 25 Jun 2017 nanti. 
ALIRAN TRAFIK TERTINGGI SEMPENA HARI RAYA 2017

Terima kasih kepada rakan admin yang berkongsi informasi ini dengan admin dan bagi admin, ianya sangat membantu sebagai peringatan bersama dan juga persediaan orang ramai untuk menyambut Hari Raya 2017 bersama keluarga di kampung halaman. 

Berdasarkan analisis pengginaan WAZE semasa cuti pada tahun 2016 dan juga empat minggu sebelum dan selepas cuti Hari Raya 2016, ini dalah 5 bandar dengan aliran tertinggi sempena Hari Raya 2017. 

  1. Kota Bharu, Kelantan
  2. Kuala Terengganu, Terengganu
  3. Lembah Kinta, Perak
  4. Batu Pahat, Johor Bharu
  5. Bandaraya Melaka, Melaka Bandaraya Bersejarah
Jadi nasihat admin, bagi korang yang akan menuju ke 5 buah bandar yang tertera ini, korang hendaklah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku nanti. Biasalah kalau sudah semua masuk disuatu kawasan dalam suatu masa, memang akan mengundang pelbagai kisah. Jadi hormatilah orang lain dan berhati-hati menggunakan jalan raya. 


- Selamat Hari Raya -



21 Jun 2017

JANGAN SAMPAI TERTINGGAL FLIGHT!

Alhamdulillah, sudah selamat sampai di kampung halaman, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.  Penerbangan bersama AirAsia dari KLIA 2 ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mengambil masa lebih kurang 1 jam. Flight seawal jam 6:30 pagi, sememangnya sangat mencabar especially untuk pastikan tak tertinggal flight. Berkejaran juga lah pagi tadi. 


Untuk perkongsian kali ini, terutamanya time peak season seperti musim cuti raya macam ni, kami di Projek Travel terpanggil untuk memberi tips dan peringatan kepada semua pembaca macam mana cara untuk kita elakkan diri dari tertinggal flight. Orang kata, beringat sebelum kena. Di sini kami ringkaskan 6 aspek utama yang wajib korang titik beratkan kalau tak nak jadi mangsa tertinggal flight. Nanti tak pasal-pasal ada pula yang kena beraya di airport. 


Perlepasan Dalam Negeri


#1 Check in awal

Maksud check in awal kat sini adalah check in melalui aplikasi AirAsia ataupun lawan web. Kalau guna aplikasi boleh request e-boarding pass. Kalau check in guna website, boleh print siap-siap boarding pass. Elakkan daripada check in di airport. Bimbang takut tak sempat nak check in mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu 1 jam sebelum waktu penerbangan dan bimbang juga takut kena beratur panjang. Silap haribulan, terlepas flight! 


#2 Siap-sedia dengan contingency plan

Alternatif lain kalau tak ada boarding pass, boleh print di kiosk. Contohnya, korang dah check in di aplikasi tapi tak dapat e-boarding pass di smartphone. Tak pun, korang dah check in di website dan print boarding pass siap-siap, tapi tertinggal atau tercicir di mana-mana. Jangan panik! Jangan bazirkan masa nak pergi beratur di kaunter. Langkah paling selamat dan cepat adalah korang pergi ke kiosk AirAsia dan reprint balik boarding pass. Hanya perlu masukkan nombor booking dan pilih reprint. Settle! Semoga tips ini dapat membantu korang untuk sentiasa siap-sedia dengan contingency plan. Ingat, flight tak akan tunggu kita walau sesaat. Jadi, dalam apa jua situasi, kita kena sentiasa get ready dan bertindak pantas. 


#3 Rancang perjalanan

Kalau flight around 6:30 pagi, kena lah rancang perjalanan betul-betul. At least, kena sampai di airport 1 jam awal sebelum waktu penerbangan. Kena consider kesesakan yang akan berlaku especially time peak season, lagi-lagi musim raya.


Kalau plan nak naik bas, estimate waktu perjalanan siap-siap. Contohnya, dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)  ke KLIA 2 menaiki bas mengambil masa 1 jam perjalanan manakala menaiki ERL transit dari TBS ke KLIA 2 pula hanya mengambil masa 30 minit. Then, kena tahu trip pertama untuk ke airport start pukul berapa. Kalau ERL dari TBS, basically jam 4:45 pagi dah ada first train ke KLIA 2. Part merancang perjalanan ke airport memang kena buat betul-betul. Silap percaturan, memang tinggi risiko untul terlepas flight. So, peringatan untuk semua,  better sampai awal di airport. Elakkan rasa resah dan gelisah berkejaran ke sana sini ala-ala Bollywood style di airport.  Seriously,  amat memenatkan!


Kesesakan di kaunter check in luggage


#4 Datang lebih awal untuk check in luggage

Ini peringatan khas untuk korang yang ada luggage besar-besar dan perlu check in luggage sebelum fly. Kalau hand-carry luggage, boleh lah nak sampai awal 1 jam sebelum waktu penerbangan. Tapi, kalau dah bawa luggage berbondong-bondong dan perlu check in luggage yang melebihi saiz yang dibenarkan, memang korang wajib datang awal. Expect the long queue. Ini realiti sebenar yang berlaku hari ini sempena cuti hari raya. Sangat panjang dan pastinya memakan masa. So guys, better datang awal untuk settlekan semua urusan yang sepatutnya. Ingat, fail to plan is plan to fail. Elakkan diri daripada menjadi mangsa tertinggal flight. Beringat sebelum kena! 


Hand-carry luggage policy


#5 Pastikan hand-carry luggage tak lebih 7kg dan ikut saiz yang telah ditetapkan

Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, pastikan korang follow betul-betul luggage policy AirAsia. Sekarang, memang ketat pengawasan di pintu masuk balai perlepasan domestik mahupun antarabangsa.Setiap hand-carry luggage akan ditimbang untuk pastikan ia tidak melebihi had yang dibenarkan iaitu 7kg. Lagi satu, bagasi mestilah mengikut piawaian dimensi dan saiz yang ditetapkan. Kalau sini tak lepas, memang akan effect masa. Boleh jadi korang akan kalut dan rushing kejar masa bila kena settlekan soal luggage semua. Worst comes to worst, urusan luggage tak settle, flight dah bertolak. Korang say hi hi, dia kata bye bye. So, better follow the rules!


Kesesakan sempena musim cuti raya


#6 Ambil kira kesesakan di security check dan immigration

Last but not least,  korang kena mengambil kira kesesakan yang akan kita hadap di security check. Nak beratur, nak check luggage, buang tali pinggang, wallet, jam tangan dan macam-macam lagi memang mengambil masa. Kalau flight ke luar negara, kena consider masa untuk beratur di Kaunter imigresen. The main point is, be early as possible. Kita tak tahu samaada queue panjang atau pendek. Tapi percayalah! Kalau musim raya macam ni, memang kena datang awal sebab queue sumpah panjang. Tengok pun dah nervous!


Inilah 6 aspek penting yang wajib korang titik beratkan kalau nak elakkan dari tertinggal flight especially musim cuti raya atau peak season. Semoga bermanfaat! Kami di Projek Travel mengucapkan selamat hari raya dan semoga anda semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. 


Maaf Zahir & Batin

PANTAU KAMERA ALIRAN TRAFIK ONLINE SEBELUM PULANG KE KAMPUNG

PANTAU KAMERA ALIRAN TRAFIK ONLINE SEBELUM PULANG KE KAMPUNG | Salam hormat, tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sempena satu Syawal yang bakal tiba sudah pasti penghuni kota berpusu-pusu hendak pulang ke kampung halaman masing-masing. Tidak kiralah samada ke utara, selatan mahupun ke pantai timur.

PANTAU KAMERA ALIRAN TRAFIK ONLINE
Pantau Kamera aliran trafik secara live (online)

Rancang perjalanan dan ikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak konsesi lebuhraya mungkin dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas di musim perayaan ini. Seperti yang Admin kongsikan pada entry yang lepas [JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN DAN REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2017] selain dapat mengurangkan kesesakan aliran trafik dan berada terlalu lama di atas jalan raya anda juga boleh menikmati faedah-faedah lain antaranya seperti ;

  • Tarikh pemberian rebat tol selama 6 hari iaitu 19 hingga 21 Jun, 28 hingga 29 Jun dan 3 Julai
  • Penawaran rebat 30 peratus untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles
  • Penawaran rebat 10 peratus tersebut diberikan untuk semua transaksi elektronik lain di lebuh raya PLUS
  • Penawaran rebat hanya untuk kenderaan Kelas 1 melebihi perjalanan 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lebuhraya kendalian PLUS.

Pantau Aliran Trafik Secara Online

Kesesakan di jalan raya selalunya membuatkan perjalanan pulang ke kampung menjadi tertekan dan selain itu kemungkinan besar kenderaan yang dipandu menjadi "overheat" serta kadar penggunaan bahan api meningkat sehingga 25%.

Sebelum anda memulakan perjalanan kami di Projek Travel sarankan anda untuk pantau sendiri kamera aliran trafik keluar dan masuk di semua laluan lebuhraya bagi memastikan anda tidak turut serta berada dalam kesesakan jalan raya tersebut.

Anda boleh akses ke laman sesawang mereka melalui komputer atau pun menggunkan telepon pintar anda dengan melayari http://www.jalanow.com/

Nama Lebuhraya
Antara nama-nama Lebuhraya yang terdapat dalam laman berkenaan

Tips yang biasa Admin amalkan sebelum memulakan perjalanan ialah mulakan perjalanan ketika bukan di waktu puncak dan dengan menggunakan kemudahan laman web yang Admin nyatakan di atas pertama kali anda klik tab "Highways" atau [KLIK DI SINI], kemudian pilih nama lebuhraya yang anda akan lalui. Jika dalam paparan kamera aliran trafik tersebut sedang sesak, sila tangguhkan jadual perjalanan anda ataupun berehatlah seketika di Hentian Rawat dan Rehat (RNR) yang terdapat di lebuhraya.

PANTAU KAMERA ALIRAN TRAFIK ONLINE
Contoh paparan kamera aliran trafik pada 21/6/2017 jam 1:55pm diLebuhraya Pantai Timur Fasa 1

Sebelum Admin akhiri entry ini jika anda menghadapi sebarang masalah atau kecemasan ketika dalam perjalanan sila hubungi Syarikat Konsesi Lebuhraya seperti di bawah untuk bantuan dan pertanyaan;

  • Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) 1800-88-0000
  • Jambatan Pulau Pinang (PBSB) 1800-88-0000
  • Jambatan Kedua Pulau Pinang (JKSB) 1300-30-2828
  • Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 1800-88-0000
  • Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINK) 07-278 2000
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (MTD) 09-233 0100
  • Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK) 1800-88-0000
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) 1800-88-0000
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS) 03-5633 7188
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA) 03-9075 0505
  • Lebuhraya Damansara-Puchong LDP (LITRAK) 03-7494 7333
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) 1800-8809-99
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang (AKLEH) 1300-88-1012
  • Lebuhraya Guthrie Koridor (GCE) 1300-88-0035
  • Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) 1300-88-2801
  • Lebuhraya Sprint (SPRINT) 03-7494 7333
  • Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac) 03-9173 2020
  • Lebuhraya Shapadu (SHAPADU) 03-3342 0564
  • Lebuhraya Pantai Baru (NPE) 1300-88-1010
  • Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang(SILK) 1800-88-1977
  • Lebuhraya Pantai Timur-Fasa 1 (LPT) 09-547 9111
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) 03-8315 9111
  • Lebuhraya SMART Tunnel (SMART) 1-300-88-7188
  • Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) 03-6145 1515
  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) 07-861 2222
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) 1800-88-8021
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) 1300-88-0023

Itu sahaja yang dapat Admin kongsikan untuk anda kali ini, semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda. Rancang perjalanan, pandu cermat dan ingatlah orang yang tersayang. Di sini Projek Travel ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

20 Jun 2017

PERKHIDMATAN REDBUS MEMUDAHKAN ORANG RAMAI

Perkhidmatan redBus Memudahkan Orang Ramai | Tak lama dah nak balik kampungkan? Yang mana naik bas tu dah beli tiket siap-siap ke? Berapa ringgit tiket korang tu? Admin ni sebenarnya dah lama sangat tak naik bas dan bila dapat seat yang besar maka tidur pun lena. Tapi sebelum itu, admin nak bertanya la sedikit pada korang semua. Korang suka naik bas apa dan kenapa korang pilih bas tersebut? 


PERKHIDMATAN REDBUS MEMUDAHKAN ORANG RAMAI
Sumber foto : Google
Bagi yang tidak tahu lagi, redBus ini merupakan satu platform tempahan tiket bas dalam talian yang terbesar di dunia yang menghubungkan pelbagai bandar di seluruh dunia dengan hanya satu klik butang. Haaaa, satu klik butang bagaimanakah? redBus ini ditubuhkan pada tahun 2006 dan telah menjual lebih daripada 75 juta tiket setakat ini. Pernah dengar Ibibo? Yes! redBus ini sebahagian daripada ibibo dan disokong oleh Naspers. Selain itu juga, lebih daripada 8 juta pengguna dari seluruh negara terpilih telah berpuas hati dengan perkhidmatan ini dan lebih 2300 bas yang beroperasi di seluruh negara. 

PERKHIDMATAN REDBUS MEMUDAHKAN ORANG RAMAI
Sumber foto : Google
Servis di redBus ini sangat memudahkan pelanggan dan tidak menyusahkan atau lebih dikenali pautan redBus atas talian ini sangat mesra pengguna

3 cara mudah membeli di redBus:-

  1. Pilih sahaja destinasi yang anda nak pergi;
  2. Tengok susun atur tempat duduk dan pilih nak duduk mana;
  3. Klik TEMPAH!
Dah jom beli tiket ke Singapura! Serendah RM20 je awak. Bukan itu sahaja, banyak diskaun dan ini adalah satu peluang untuk kita berjimat. Jadi, kita sebagai pengguna, gunakanlah hak kita sepenuhnya untuk memilih. Good luck dan siapa pernah naik redBus ni jom kongsi pengalaman anda di sini sekarang. 






19 Jun 2017

MAKANAN TRADISI YANG WAJIB DI HARI RAYA YANG PERLU KORANG TAHU

MAKANAN TRADISIONAL YANG WAJIB DI HARI RAYA | Makanan menjadi perkara penting bagi masyarakat kita kalau sambut Hari Raya atau apa-apa pesta keraian. Tidak mustahillah negara kita ni ada pelbagai jenis kuih muih atau makanan tradisional . Tambah pula Malaysia ni ada berbilang bangsa dan budayakan? Jadi makin meriahla kan.

MAKANAN-TRADISI-YANG-WAJIB-DI-HARI-RAYA

Kali ni kami ingin kongsikan beberapa jenis makanan yang wajib di hidangkan di kampung bila tiba nya Hari Raya Aidilfitri. Tidak banyak cuma 4 jenis iaitu Ketupat Daun Palas, Tapai Pulut, Lemang dan Kuih Siput. Memang cukup tradisional .

MAKANAN TRADISI YANG WAJIB DI HARI RAYA
Ketupat Daun Palas

Ketupat ni boleh dikatakan menjadi makanan signature bila tiba Hari Raya Aidilfitri. *tak ada ketupat tak sah la kan. Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang mana ia menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Seperti dalam gambar di atas bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi dan mudah dibuat cara pembungkusannya berbanding ketupat beras. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut dan cara penyediaannya sebelum dibungkus dan direbus juga memerlukan skill yang bagus untuk hasil rasa yang bagus.

MAKANAN TRADISI YANG WAJIB DI HARI RAYA

Lemang juga cukup sinonim bila tiba hari raya. Lemang biasanya dimakan bersama rendang ayam, daging mahupun kuah kacang. Lemang yang dimasak menggunakan beras pulut, santan dan disalut dengan daun pisang yang sudah siap diisi di dalam batang buluh, antara menu wajib menjelang hari raya Aidilfitri. Bagi korang yang tercari-cari resepi lemang untuk hari raya, bolehlah rujuk di sini [KLIK]. 

MAKANAN TRADISI YANG WAJIB DI HARI RAYA
Tapai Pulut _ Sumber www.sijangkang.com
Bagi mereka yang berada di sebelah pantai timur Malaysia, mereka akan cukup biasa dengan makanan tradisional ni. Ia juiga biasa dapat dilihat bila adanya hari penting seperti perayaan.

Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah, beras pulut dan ragi. Beras pulut ini dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian, nasi pulut bercampur ragi ini dibungkus di dalam daun getah dan kemudiannya diperam beberapa hari sehingga masak dan rasa masam. Biasanya ia dibuat 2 hari sebelum tarikh perayaan.

MAKANAN TRADISI YANG WAJIB DI HARI RAYA
Kuih Siput

Kuih Siput ni juga memang menjadi makanan wajib kalau tiba Hari Raya. Resepi yang cukup simple. Antara bahan yang kami gunakan hayalah tepung gandum, telur dan margerin dibentuk menjadi seakan fizikal dengan menggunakan acuan sebelum digoreng dengan minyak masak. Kami juga biasa sira kuih siput dengan gula. Jadi ada pilihan lah nak yang original atau manis kan.

Selain dari makanan-makanan yang kami kongsikan di atas ni, ada banyak lagi MAKANAN TRADISI YANG WAJIB DI HARI RAYA YANG PERLU KORANG TAHU yang kami tak nyatakan seperti dodol, nasi impit, satay, lodeh, soto, wajik, rendang dan banyak lagi. Bagi korang yang tak pernah tahu tentang makanan-makanan ni, di rumah terbuka nanti boleh lah tanya-tanya orang kan.

Apapon kami dari team Projek Travel ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua :)

17 Jun 2017

CARA PEMAKAIAN SAMPING YANG BETUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Projek Travel! Dah beli baju raya? Kalau dah beli, yang lelaki pasti akan beli kurta mahupun baju melayu. Lazimnya baju melayu akan dipakai bersama kain samping ketika majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, majlis rasmi, majlis keagamaan, adat istiadat dan juga Hari Raya Aidilfitri serta Hari Raya Aidiladha 




Namun begitu, tahukah anda bahawa untuk memakai samping, ada cara dan tertibnya. Pemakaian kain samping menentukan status seseorang. Status disini bukanlah darjat malah ianya menentukan status seseorang individu itu sudah berkahwin ataupun masih bujang. 

Jadi ini adalah cara pemakaian samping yang betul ; 

Lelaki yang masih bujang / belum berkahwin
  • Dipakai di atas paras lutut
Lelaki yang sudah berkahwin
  • Dipakai di bawah paras lutut 
Kalau orang dulu - dulu pernah berseloroh, jika seseorang yang sudah berkahwin dan memakai samping singkat, tandanya mahu menambah isteri! LOL!

Jenis ikatan Samping 


Ikatan Pancung – Cara memakai kain samping yang menggunakan kain lepas. Kain dililitkan di pinggang dan sebelum sampai ke hujung kain, kain ini “dipancung”, iaitu kain disemat sambil membiarkan hujung kain terkulai ke bawah. 

Ikatan Kembung – Ini adalah cara memakai kain samping yang biasa dipakai oleh mempelai laki-laki dalam acara pernikahan adat Melayu. Kata “kembung” berasal dari kesan menggembung saat memakai ikatan ini. Kain sarung ditarik ke bahagian tengah atau tepi badan untuk kemudian diikat dan disimpul dalam berbagai macam cara agar melekat di pinggang. 

Ikatan Lingkup – Ini adalah cara memakai kain samping yang paling sering dipakai orang. Kain sarung digulung ke atas dan dilingkup ke bahagian depan atau bahagian samping. Mirip dengan cara memakai sarung untuk keperluan sehari-hari. 

Berikut adalah beberapa tutorial cara memakai samping yang betul dari Astro Awani: 


Itu saja untuk perkongsian kali ini. Insyallah akan diusahakan untuk membuat tutorial cara memakai samping dari Projek Travel pula.

16 Jun 2017

JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN DAN REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2017

JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN DAN REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2017 | Assalamualaikum semua. Tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Syawal. Maka, ramai la warga kota yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Masa ni la kebanyakan pemandu akan stress sebab fenomena kesesakan jalan raya akan berlaku. Jadi sebagai inisiatif, pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan Tawaran Rebat Tol untuk pengguna di Lebuhraya Utara-Selatan. Di sini Admin kongsikan info dari Pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk rujukan semua pembaca.

JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN DAN REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2017


CADANGAN WAKTU PERJALANAN DI LEBUHRAYA UTARA SELATAN


Setiap tahun pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Jadi para pemandu boleh merancang perjalanan mengikut Jadual yang ditetapkan bagi keselesaan dan mengurangkan stress tambahan pula sekarang Bulan Ramadhan. Sila rujuk jadual di bawah untuk memudahkan anda merancang perjalanan pulang ke kampung halaman supaya perjalanan anda lebih lancar kerana dijangka sebanyak 1.7 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada hari-hari puncak bersempena dengan perayaan Aidilfitri.

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Dan Rebat Tol PLUS Sempena Aidilfitri 2017
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Aidilfitri 2017 (sumber : www.plus.com.my)

PLUS TAWAR REBAT TOL SEHINGGA 30 PERATUS


Sebagaimana yang kita maklum, mulai 26 April yang lalu, pelaksanaan transaksi tol 100% elektronik telah dilaksanakan di semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS). Jadi, sebelum pulang ke kampung, dinasihatkan agar anda menambah nilai kad Touch 'N Go terlebih dahulu untuk melancarkan perjalanan anda. Sempena cuti raya Aidilfitri pada tahun 2017 ini juga, pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol kepada semua pengguna Lebuhraya Utara-Selatan. Sila rujuk Info di bawah untuk memudahkan anda menikmati rebat yang diberikan.

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Dan Rebat Tol PLUS Sempena Aidilfitri 2017
Rebat Tol PLUS Sempena Aidilfitri 2017

Pemberian Rebat Tol Kepada :
✔ Tarikh pemberian rebat tol selama 6 hari iaitu 19 hingga 21 Jun, 28 hingga 29 Jun dan 3 Julai
✔ Penawaran rebat 30 peratus untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles

✔ Penawaran rebat 10 peratus tersebut diberikan untuk semua transaksi elektronik lain di lebuh raya PLUS

✔ Penawaran rebat hanya untuk kenderaan Kelas 1 melebihi perjalanan 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lebuhraya kendalian PLUS

Cara-Cara Untuk Mendapat Rebat Tol :
Pada tarikh-tarikh tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 30 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai hingga 14 Oktober yang akan datang. Rebat ini tidak meliputi transaksi tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu melancarkan perjalanan anda pulang ke kampung halaman.Info lanjut mengenai Lebuhraya Utara-Selatan boleh rujuk di http://www.plus.com.my. Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi anda.




15 Jun 2017

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADAN

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADAN | Pejam celik kita sudah masuk ke kawasan 10 hari terakhir bulan ramadan. Dalam kita bersungguh membuat persiapan menuju Hari Raya, kita jangan lupa 10 hari terakhir dimana didalamnya ada malam yang disebut sebagai malam 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar

6 SUNNAH RASULULLAH DI 10 HARI TERAKHIR RAMADAN



Amalan yang dianjurkan ini adalah amalan yang menjadi kelaziman bagi Rasulullah lakukan pada 10 hari terakhir Ramadan. Barang siapa melakukan kebaikan pada pada Lailatul Qadar, kebaikan itu 1000 kali lebih baik daripada bulan yang tiada Lailatul Qadar.

Memperbanyakkan solat sunat seperti solat sunat tahajud dan juga solat sunat taubat sangat digalakkan dilakukan pada 10 malam terakhir ramadan

Selain itu kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa khasnya doa yang memohon pengampunan daripada Allah dan diberikan kebaikan. 

Beriktikaf dimasjid sambil memperbanyakkan zikir kepada Allah, banyakkan membaca Al-Quran dan juga beristighfar juga digalakkan untuk kita lakukan pada 10 hari terkahir ini. 

Semoga sedikit perkongsian ringkas admin ini dapat membantu korang semua dalam menempuh 10 hari terakhir ramadan dengan bermanfaat. 



14 Jun 2017

KOLEKSI IKLAN RAYA 2017

Dah tengok Koleksi Iklan Raya 2017? Untuk perkongsian kali ini, kami nak share antara video-video iklan yang best untuk ditonton sempena Hari Raya Aidilfitri 2017. Nampaknya, macam-macam genre ada. Ada yang sedih, ada yang kelakar dan tak kurang hebatnya juga ada yang menyentuh hati dan perasaan berdasarkan kisah benar. Apapun, jom kita tonton 10 video untuk koleksi Iklan Raya 2017. Cekidout!!!




1) Dari Hati Ayah

Kisah benar Encik Adli membesarkan anaknya, Luqman yang merupakan anak autism. Kasihnya seorang ayah sampai sanggup melakukan apa saja demi kebahagian  seorang anak. Nak tahu apa kesudahan cerita antara Encik Aidil dan anaknya, Luqman?




2) Soalan Maut Hari Raya

Biasalah, bila tibanya Hari Raya semestinya akan jadi tempat bertemu sanak-saudara dan jiran tetangga. Bila dah berkumpul ramai-ramai, macam-macam soalan yang akan keluar. Siap sedia dengan koleksi soalan-soalan yang bakal ditanya bila anda pulang beraya ke kampung halaman. Are you ready? Tapi kena beringat, nak bertanya tak salah. Cuma, kenalah jaga sensitivi orang lain juga. Okay?


 


 3) Lagi-lagi Bahulu Emak

Syurga kita, redha mereka. Sempurnakan Aidilifitri kita. Antara video iklan Hari Raya yang paling menyentuh hati untuk tahun ini. Kisah kasih seorang ibu terhadap anak lelaki dan cucunya. Kita kena ingat, syurga isteri di tapak kaki suami, tetapi syurga seorang lelaki adalah di bawah telapak kaki ibu. Jadi, untuk wanita yang bergelar isteri, kenalah bertoleransi dan cakna terhadap suami. Lagi satu, bila dah kaya dan berjaya, jangan lupa untuk bersedekah dan keluarkan zakat. Jom ambil iktibar daripada video pendek ini!


 



4) Joget Abah

Kenapa tradisi Raya itu begitu istimewa? Anak kecil ini cuba mengerti apa yang dilakukan abahnya setiap tahun. Kehilangan seorang ayah sememangnya akan mengubah suasana hari raya seorang anak dan keluarga. Mampukah kenangan indah beraya bersama arwah abahnya diteruskan? Warisi tradisi, sematkan dalam hati.





5) Selamat-kan Hari Raya

Sedang semua orang sibuk dengan persiapan Hari Raya, ada pula yang sibuk nak buat jahat. Mujur ada Raj dan Chong. Apa ceritanya? Jom saksikan filem pendek terbaru daripada BSN




6) Gitar Buruk 

Ramadan adalah bulan mulia bagi memperbaiki diri dalam pelbagai aspek. Seperti kisah Rahman dan Razif. Jadikannya sebagai satu iktibar untuk tidak melengahkan apa yang kita boleh settle-kan hari ini agar mendapat keberkatan di bulan Ramadan. Terutamanya hal-hal yang anda seringkali terlepas pandang seperti pertengkaran, hutang, zakat dan sebagainya. Bab zakat ni, boleh je nak settle cepat di https://www.myeg.com.my. Saman dan road tax pun boleh juga!





7) Mahkota Untuk Aishah

Last but not least, jom kita saksikan Iklan raya ilham pereka fesyen Malaysia iaitu Rico Rinaldi dengan kerjasama Zalora. Enjoice!






8) Dugaan Raya Aida

Biasalah, bila tibanya Hari Raya macam-macam dugaan yang bakal kita hadap. Bermula dari masalah-masalah di office, cuti raya, tiket nak balik raya sehinggalah kepada persiapan baju raya. Apa pula dugaan Raya yang perlu Aida hadapi sebelum beliau selamat tiba di kampung halaman untuk beraya bersama emak dan adik-beradiknya? Korang kena tengok video yang super lawak ni. Seriously, lucu gila!




9) Kasih Sayang Adalah Duit Raya Terbaik

Duit Raya dan Hari Raya memang tak dapat dipisahkan. Lagi-lagi untuk kita yang sudah berkerja dan makan gaji. Jadi, setahun-sekali kenalah hulur-hulur duit raya buat insan tersayang seperti ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak buah. Namun, percayalah kasih sayang antara kita adalah duit raya terbaik. Korang perasan tak? Bila tibanya hari raya, semua orang nak beli kereta baru, itu baru, ini baru. Sampai kita sendiri pun teringin untuk buat yang sama. Nak faham lebih lanjut, korang kena tengok video iklan dari DiGi yang penuh lawak dan sinikal. Cekidout!




10) Password wifi

Hah, ini lagi satu perangai manusia yang patut kita bendung especially time tibanya raya. Ingat tau, kalau nak bertandang ke rumah orang atau singgah beraya, jangan sesekali minta password wifi. Kita datang ke rumah mereka untuk beraya, bukannya untuk update facebook, update instagram dan sebagainya. Lagi satu, bila dah berada di rumah orang, jagalah adab sebagai tetamu. Ok? Jangan jadi macam maamt ni. Boleh tengok video di bawah! Enjoice





Biasanya, ramai yang ternanti-nantikan iklan Raya dari Petronas. Namun kini, kita dapat tengok, dah banyak video-video kreatif yang diketengahkan sempena Hari Raya dari setiap syarikat/ jenama atau individu. Sebenarnya, banyak lagi iklan-iklan raya yang best untuk tahun 2017. Untuk perkongsian kali ini, cukuplah 10 video ini dulu yang dapat kami kongsikan bagi melengkapkan koleksi iklan raya 2017. Selebihnya, korang boleh tengok sendiri! Jangan lupa untuk tonton iklan raya dari Pos Malaysia, Oppo Malaysia, syarikat-syarikat dan jenama-jenama lain yang boleh ditonton di youtube. Search saja "video iklan raya 2017", gerenti semua video akan keluar. Pastinya, vidoe-video yang ada memang best dan menghiburkan. Selamat menonton!


Mungkin korang ada video iklan raya favorite untuk tahun ini. Jadi, bolehlah kongsikan bersama kami di ruangan komen. Apapun, kami di Projek Travel ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pengarah, penerbit, pelakon dan crew yang bertungkus-lumus menghasilkan video-video kreatif sempena Hari Raya Aidilfitri 2017. Kami amat menghargai karya anda, dan semoga anda terus-menerus menghasilkan karya terbaik untuk tontonan umum. Karya anda, hiburan buat kami seisi keluarga!

✈ Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia Projek Travel.
✈ Jom ramai-ramai follow update Projek Travel di twitter ! - https://twitter.com/ProjekTravel
Subcribe Projek Travel !